NADI Mahir Jahit Intake 3 (Minggu ke-4)

5 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Februari 2026, seramai 5 orang peserta NADI Pekan Machan telah menyertai NADI Mahir Jahit iaitu pada pukul 3.00 petang hingga 4.30 petang.
Pada minggu ini, cikgu telah memberi penerangan yang jelas dan terperinci kepada para peserta mengenai kaedah dan teknik yang betul dalam mengambil ukuran badan bagi tujuan jahitan. Perkara ini penting bagi memastikan ukuran yang diambil adalah tepat dan kemas serta sesuai dengan bentuk badan, seterusnya menghasilkan pakaian yang selesa, cantik serta menepati kehendak pelanggan atau pemakai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali